Wingman Arrows

La Douleur Est Temporaire, La Victoire Est Toujours

BATUAN KLASTIK / TERRIGENOUS

Leave a comment

clip_image001

PENGENALAN

Proses luluhawa akan menghakis batuan yang terdedah kepada proses ini menjadi serpihan atau pecahan batuan yang lebih kecil, dan pecahan baru ini akan dibawa oleh agen pengangkut (air dan angin) ke kawasan lain. Pecahan batuan ini akhirnya akan terkumpul di lembangan pengendapan baru, iaitu membentuk sedimen baru. Sedmen sebegini dipanggil sedimen terrigenous atau sedimen klastik.

Klastik (clastic) (bermaksud pecahan atau serpihan). Sedimen klastik mempunyai tekstur yang dipanggil;

  1. Klas (Clasts) (pecahan yang besar, contohnya pasir dan kelikir)
  2. Matrik (Matrix) (lumpur atau sedimen halus lain yang mengelilingi butiran klas)
  3. Simen (Cement) (bahan / mineral yang memegang atau mengikat klas dan simen), contohnya:
    1. kalsit
    2. oksid besi
    3. silika

clip_image002

Klas, matrik dan simen besi oksid
(berwarna kemerahancolor)

Secara umumnya, kehadiran matrik menunjukan sesuatu batuan tersebut tidak matang dari segi tekstur, dan kehadiran klas yang stabil (kuarza) menunjukan batuan tersebut mempunyai kematangan kimia yang tinggi.

clip_image004

Kematangan batuan

Pengelasan batuan sedimen klastik dibuat berdasarkan kepada;

  • tekstur atau saiz butiran

clip_image006

clip_image008

Saiz, komposisi dan penamaan

clip_image010Nisbah saiz pasir, lodak dan lempong

  • Jenis sokongan butiran
  • komposisi atau jenis butiran

clip_image012

jenis butiran

  • bentuk butiran

clip_image014

bentuk

clip_image016

kebulatan dan kesferaan

  • punca atau asalan butiran

Batuan sedimen berklas / klastik (terrigenous) dikelaskan mengikut tekstur (saiz butiran):

  • Kelikir (Gravel): Saiz butiran lebih besar daripada 2 mm
    • Jika klasnya bulat = Konglomerat (conglomerate)
    • Jika klasnya bersudut = Breksia (breccia)

clip_image017

Konglomerat

(Conglomerate)

clip_image018

Breksia

(Rreccia)

· Konglomerat boleh dinamakan mengikut tekstur, komposisi dan juga punca;
Tekstur
Ortokonglomerat – sokongan butiran
Parakonglomerat – sokongan lumpur/matrik
Komposisi
Polimiktik – klasnya terdiri daripada beberapa jenis batuan
Oligomiktik – klasnya terdiri daripada satu jenis batuan
Punca
Intraformasi – klas berasal daripada lembangan pengendapan yang sama
Ekstraformasi – klas berasal / dibawa daripada luar lembangan pengendapan

  • Pasir (Sand): Saiz butiran 1/16 hingga2 mm
    • Batu Pasir (Sandstone)
    • Jika butiran kuarza yang dominan = Batu pasir kuarza (quartz sandstone) atau arenit kuarza (quartz arenite)
    • Jika butiran feldspar yang dominan = arkos (arkose)
    • Jika pecahan batuan bersaiz pasir yang dominan = batu pasir litik (lithic sandstone) atau arenit litik (litharenite) atau grewak (graywacke)

clip_image019

Batu Pasir Kuarza

(Quartz Sandstone)

clip_image020

Arkos

(Arkose)

clip_image021

Grewak – Batu Pasir Litik

(Graywacke – lithic sandstone)

 

  • Silt: Grain size 1/256 to 1/16 mm (gritty)
    • Siltstone

clip_image022

Batu Lodak

(Siltstone)

 

  • Clay: Grain size less than 1/256 mm (smooth)
    • Shale (if fissile)
    • Claystone (if massive)

Note: Mud is technically a mixture of silt and clay. It forms a rock called mudstone (or mudshale if fissile).

clip_image023

Syal

(Shale – fissile)

clip_image024

Claystone
(kaolinite)
- not fissile


About these ads

Author: MualMaul

leaving as a legend!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 658 other followers